Anak Petani

Wednesday 18 July 2012

Profile Syarikat



Syarikat Zulkili Bamadhaj Sdn. Bhd. telah diasaskan pada tahun 1965 oleh En. Khalid Ahmad dan isteri beliau Pn. Mahani Abdullah dan di tubuhkan secara rasminya pada tahun 1972. Aktiviti utama syarikat ialah memproses dan mengeluarkan ubat-ubatan tradisonal yang berasaskan herba dengan jenama PETANI.

Pengwujudan jenama PETANI adalah ilham daripada En. Khalid Ahmad dan isteri beliau Pn. Mahani binti Abdullah berdasarkan pengalamannya sebagai petani yang terlibat di dalam bidang pertanian. Pekerjaan mereka ini telah memberikan satu sumber inspirasi untuk melahirkan satu jenama tempatan yang unggul dan berkaitan di dalam bidang industri herba.

Bermula daripada perusahaan kecil yang memproses produk di rumah; kini Syarikat Zulkili Bamadhaj Sdn. Bhd.yang diterajui oleh anak beliau iaitu En. Zulkifli Khalid telah mengorak langkah dengan memindahkan operasi syarikat ke kawasan perindustrian Bukit Bakri, Muar, Johor. Pihak Syarikat telah memperolehi lesen GMP (Good Manufacturing Practise) daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan , Kementerian Kesihatan Malaysia. Produk-produk yang dihasilkan telah didaftar dan diluluskan oleh Pihak Berkuasa kawalan Dadah, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pada tahun 2006 pihak syarikat telah menubuhkan sebuah anak syarikat iaitu Zulkifli Bamadhaj Marketing (M) Sdn Bhd.di mana keseluruhan aktiviti perancangan dan perlaksanaan yang melibatkan jualan dan pemasaran dikendalikan sepenuhnya oleh anak syarikat tersebut.

Pada tahun 2007, muncul sebuah anak syarikat baru iaitu Zulkifli Bamadhaj Beverages Industries. Aktiviti pemprosesan serta pengeluaran produk utama syarikat ini adalah di dalam bidang F.M.C.G (Fast Moving Consumer Goods). Terdapat dua kategori utama produk iaitu pengeluaran produk minuman segera seperti Eury Cafe, Kacima Cafe, Sarbat Tea dan Ice Lemon Tea serta pengeluaran produk minuman seperti Air Asam Jawa, Asam Boi, Durian Belanda dan Jambu Batu.






Visi 

Menjadi sebuah konglomerat yang berinovatif, berdaya saing dan terunggul di dalam rangkaian industri yang diterokai dengan membawa jenama PETANI.

Misi

Memastikan produk-produk yang dikeluarkan bermutu tinggi dan mengikut piawaian yang di tetapkan oleh kerajaan tempatan yang berkaitan dan setanding dengan piawaian yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Objektif


  • Mempertingkatkan tahap kesedaran pengguna terhadap peri pentingnya penjagaan kesihatan badan dengan mengamalkan pemakanan ubat-ubatan tradisonal yabg berasakan herba buatan tempatan.
  • Sentiasa peka terhadap keperluan dan kepuasan pengguna untuk menghasilkan produk-produk yang berkualiti tinggi
  • Mewujudkan satu pasukan kerja yang produktif dan kompetatif diantara peringkat bawahan sehingga peringkat atasan selaras dengan visi dan misi syarikat.
  • Memastikan produk-produk yang dikeluarkan dibawah jenama PETANI sentiasa konsisten dari segi mutu dan keberkesanannya.
Motto Syarikat

Anda Sihat Keluarga Bahagia.

Falsafah

Kami mempercayai penjagaan kesihatan badan adalah aset yang terpenting berbanding dengan perkara yang lain kerana memiliki kesihatan badan yang sihat adalah aset yang tidak ternilai seterusnya menghasilkan sebuah keluarga bahagia.











No comments:

Post a Comment